August 10, 2015

BTN

Blog bukan takat dah bersawang dah sekarang ni, ni dah tahap usang teroxx. Hahahaha maapler, laptop pandai sangat nak buat hal dia tunggu habis A-level. Cantik cantik 2 minggu habis A-level dia pun memulakan fasa rebel lek lek buat hal sendiri, makanya duduk kat rumah cuba untuk menjadi orang lepas tu. Baru tersedar yang selama ni aku kemana ada je si laptop kecik tu meneman, yelah kecik kan senang nak diusung kehulu kehilir. Barang semua takdenya nak print ke apa semua dok ngadap screen kecik tu, somehow rasa macam my laptop fulfill it's destiny, yelah mama belikan waktu tu sebab A-level, tau tau habis A-level dia pun macam dah ready nak let go. Hmmmm memang suka letak perasaan dekat benda takde perasaan ni sebenarnya.

Selalu jugaklah buat benda macam ni. One of my or our indispensable traits kot, perletakkan perasaan pada yang tak mampu untuk ada. Fitrah manusia, untuk menghadam sesuatu perkara, terkadang tu kita simplify benda jadi yang mudah untuk kita baca, hence letaknya emosi dekat sesuatu benda. Macam kita jaga teddy bear lah dulu, atau main masak masak. Ada orang kata tu the power of imagination, tapi kadang kadang aku rasa kita cuma nak cuba faham je.

Merepek apa sebenarnya aku ni. Entah. Saje je nak lepaskan gian menulis. Rindu.

Oh yeah, BTN was fun! Sumpah haha. Aku rasa macam okaylah. Mungkin sebab aku jenis suka tengok benda/manusia/keadaan/situasi. So BTN ni cam playground, to observe human endurance and nature. And the landmark to know new people. So meh cerita sikit pasal BTN.

Part paling hampeh: Part ujian kepantasan, terima kasih wahai fasi kerana telah membuktikan bahawasaya saya memang seorang yang gelojoh dan tak rileks langsung kalau kena pressurized (lagi lagi kalau bagi tempoh masa). But it's fun, sebab apa? Aku suka bodohkan diri sendiri, sebab sampai bila bila ingat benda tu. Sebab nak uptight all the time pun tak boleh jugak kan guys? Chill ah, let loose be silly do silly things, nanti kau appreciate little things, and kau tau importance of seriousness.

Part paling best: Main conductor, and masa let loose, dan tiup angin tiup. Conductor punya game tu macam awal awal tu rasa malu gila like the heck kenapa kena tutup mata. VULNERABLE gila tau tak, this is one of human mind automatic concept jugak, we fear the unseen, we fear what we can't see (unknown), cam dalam hal conductor ni kita kena tutup mata pastu swing swing tangan, cam certain orang akan rasa "weh bapak malu weh pelik pelik je kang tangan aku cemana kalau orang gelak". Aku pun, adalah dalam 2 minit pertama. Aku rasa macam hapebenda ni woi. Tapi, lepas tu terdetik lah dekat dalam diri, nak takut apa sebenarnya? Takut orang gelak? Semua orang tutup mata. Takut fasi gelakkan kau? Kau jumpa fasi tu 5 hari ni je, bukan dia ingat kau pun lepas ni. Kadang kadang kena jugak asak diri ni tanya, Kita ni takut apa sebenarnya? Takut manusia ke Takut Tuhan?
Ok biasalah dah tersentapkan diri waktu tu so kita let loose jelah. Have fun, play around. 

And the best part bila dapat tengok orang lain yang really really have fun. Antara sebab aku suka LDK atau kem kem ni sebab kita dapat let loose. Aku tak berapa suka sangat konsep manusia yang terlalu rigid ni. Sebab aku percaya kita kena adapt, one way or another. Dia kadang kadang conflict gak dengan perasaan ni: aku selalu ingat Kekasih Allah tu sifatnya lebih pemalu dari anak dara. So fahamlah conflict ni kadang-kadang, nak over pun tak boleh. Tapi aku tahu, kekasih Allah itu sifatnya sempurna, kita tidak. 

let loose dalam batas. Beringat.
Dan circle bila semua orang joget, aku rasa happy sangat. Sebab bila lagi nak rasa ni. joget sorang sorang selalu je, joget ramai ramai? Aku tak ramai kawan yang sporting sangat, aku pun tak sangat pun haaa. Tapi asal ada sparks, yang start, aku boleh join sekali. Syaratnya satu, dalam batasan. Kalau setakat joget dalam circle tu mengadap perempuan. Apa salahnya. Let loose.

Dan tiup angin tiup. Terkejut badak gak ah kena panggil awal awal budak Johor. Bila fikir balik sekarang boleh je kalau taknak step up into the circle, tapi tulah kan, where's the spirit? kaki aku pun automatic ke tengah. Tapi bila dia suruh menari zapin tu lagilah, excited campur nervous campur BIAR BETUL. Hahahaha, I was happy though I get to dance, walaupun sumpah berterabur and I stop at the middle. I HAD FUN.

Adalah jugak beberapa kawan aku yang pemalu. Yang jenis, "weh malu lahh dah dah lah tu", lepas tu baru aku sedar, ada jugak yang rasa malu bila tengok orang lain menari. Projection. yang kadang kadang manusia ni cakap bawah sedar, perasaan diri sendiri dan tujukan pada orang lain. Antara hasil observasi aku. (suka hati buat ayat sendiri). Aku respect semua orang punya opinion, tu antara sifat aku. tapi terkadang terasa juga: payah gak orang susah sikit nak chill ni. Tapi takpelah, sifat orang lain lain kan? Cantik orang tu dalam yang lain lain tulah. Walaupun ada satu masa tu rasa annoyed sikit, tapi tu semua mainan setan, kita buang awal awal. Bila berkawan ni kena menerima, terima apa adanya. Mungkin satu hari nanti mereka lagi chill dari aku hahaha.


Oh fasi aku Ustaz Faez.
Nah ustaz, saya dah tulis nama ustaz dalam blog ni. Hahahaha pandai pandailah ustaz cari ye.

Waktu taaruf dengan groupmates lah kelakar. macam macam jenis orang aku jumpa. Siapa sangka yang orang kumpul setem dan duit syiling masih wujud. Dan aku jumpa orang yang hobinya berfikir. Ni sumpah rasa lawak kan awal awal tu. Tapi bila aku fikir balik make sense jugak hobi ni, kita kadang kadang tak pernah berfikir pun, kita duk telan je apa orang bagi kat kita. Contoh: isu politik. Kita kadang kadang baca itu ini terus pungpangpungpang. Kadang kadang kita tak fikir pun, Terus letak hukum.

Orang yang jenis berfikir ni aku nampak orangnya diam. Tak banyak ulas. Aku macam tulah. diam je sepanjang btn. BUKAN NAK BRAG AKU NI KUAT BERFIKIR KE APA. hahaha tak. Tapi memang aku berfikir selalunya. Kalau geng tengah bukak isu politik selalunya akulah yang paling diam sekali. Sebab dari dulu pihak aku bukan satu. Sebab aku percaya dunia bukan takat hitam putih. Dunia ini bukan monochromatic, hidup penuh dengan warna. Dan berfikir tak bermaksud pandai pun, kadang kadang kita just berfikir, weighing decisions, dan kadang kadang takde pun kata noktah dalam mind debate ni. Certain orang mungkin panggil orang macam aku ni lalang. Takde pendirian.




Apa yang mereka gagal nampak ialah pendirian aku itu bukan satu. 
Pendirian aku adalah flexibility.
Dalam perkara yang boleh di-flexiblekan.

Sebab itu game terakhir malam tu aku diam. Pasif.
Pasif tahap setan pun ada.
Ikut je. Orang dah datang lepaskan pun aku duduk diam je.
Hahaahahaha, sampaikan hamni kat sebelah yang dah bangun duduk balik sebelah aku.
Aku rasa aku sorang je yang still duduk masa tu (kotlah sebab aku tak mampu nak tengok ramai sangat yang bertempiaran)

Percayalah. Waktu aku duduk dendiam tu aku memang tengah berfikir.
Soalan soalan yang ada malam tu tak mampu nak diutarakan kat sini. (takut pecah modul)
Tau tau kawan kawan lain dah ada dah dekat sebelah balik.

Kenapa BTN fun?
Entahlah, mungkin aku belajar banyak benda dalam little things dan bigger picture.
Sebab aku dapat lihat banyak sangat benda.
Dalam konteks semut dan gunung, sebutir pasir dan lautan.

banyak sangat metafora hidup yang aku ter-grasp.
Yang status betul tu takkan wujud sebab human interpretations is so vast.
Yang penting yang cantik dan jernih tu kita ambil.
Yang keruh itu kita buat tak nampak.
Percayalah, hidup akan jadi lebih indah.